More

    vivo X200 Ultra akan tiba dengan ciri kamera yang dibangunkan bersama Fujifilm

    ​vivo bakal memperkenalkan model terbaharu dalam siri X200 dengan vivo X200 Ultra yang dijangka membawa inovasi terkini dalam teknologi kamera melalui kerjasama dengan syarikat Jepun, Fujifilm.

    Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan pengalaman fotografi yang lebih profesional kepada pengguna dengan penambahbaikan dalam kualiti imej dan penghasilan warna. Selain itu, vivo X200 Ultra akan dilengkapi dengan cip A1 khusus yang menawarkan “kuasa pemprosesan pintar yang dipertingkatkan” untuk pengalaman fotografi yang lebih baik. ​

    Sumber

    Antara ciri-ciri utama peranti ini termasuk sokongan rakaman video 4K pada 120fps dengan HDR, fungsi Live Photo baharu dan penstabilan 5-paksi. vivo juga merancang untuk memperkenalkan mod kamera baharu yang direka khas untuk penggemar fotografi dengan menawarkan kawalan dan ciri tambahan bagi mereka yang mahir dalam bidang ini.

    Menurut laporan, vivo X200 Ultra dijangka dilancarkan pada April 2025, namun pelancarannya mungkin terhad dalam pasaran China sahaja seperti model terdahulu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured