More

    realme perkenalkan realme 14 Pro 5G dan telefon prototaip dengan lensa boleh tukar

    Sewaktu acara Mobile World Congress (MWC) 2025 yang sedang berlangsung di Sepanyol, realme memperkenalkan dua peranti baharu iaitu realme 14 Pro 5G serta telefon konsep Interchangeable-lens Concept Phone. realme 14 Pro 5G sudah pun dijual secara komersial, manakala telefon konsep itu sekadar paparan dalam MWC sahaja.

    realme 14 Pro 5G

    realme 14 Pro 5G merupakan telefon kelas pertengahan dengan rekaan Unique Pearl Design yang mempunyai warna boleh berubah apabila suhu di sekelilingnya menurun. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy, bateri Titan Graphite 6,000mAh yang boleh menyediakan tontonan video selama 17 jam dan pengecasan pantas 45W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama dengan sensor Sony IMX882 50MP OIS, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 16MP. Ia menggunakan perisian NEXT AI yang turut memperkenalkan AI Ultra Clarity 2.0 bagi membawa AI Super-Resolution kepada telefon kelas pertengahan.

    Ia juga mempunyai rating kalis air IP69, IP68, IP66 dan pengiktirafan TÜV Rheinland Rugged Smartphone Certification untuk memberikan ketahanan yang tinggi.

    Buat masa ini, ia hanya dijual dalam pasaran China, India dan Eropah sahaja, manakala maklumat keberadaan realme 14 Pro 5G untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

    Interchangeable-lens Concept

    Pada masa yang sama, realme turut memperkenalkan telefon prototaip Interchangeable-lens Concept. Telefon ini mempunyai sensor kamera Sony 1 inci dengan sistem pemasangan lensa khas, di mana pengguna boleh pasang terus lensa DSLR kepadanya.

    realme mengatakan telefon ini boleh dipasangkan dengan lensa potret 73mm untuk efek bokeh yang kemas dan lensa telefoto 234mm untuk zum lossless sehingga 10x.

    Selain telefon khas ini, realme turut memperkenalkan fungsi suntingan gambar AI Voice-based Retoucher yang menggunakan suara pengguna sahaja. Sebagai contoh, pengguna boleh menyuarakan arahan seperti “Remove the background,” “Change the sky to sunset,” atau “Add some fireworks in the background,” kemudian gambar tersebut akan diubah oleh AI.

    "
    "

    realme juga memperkenalkan fungsi AI Video Eraser yang boleh memadam objek atau individu tidak dikehendaki dalam video, dengan hanya sekali tekan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured