More

    PRISM+ Laguna Ceiling Fan dilancar di Malaysia, kipas siling pintar dengan LED boleh ubah bermula RM179

    PRISM+ Malaysia hari ini melancarkan kipas siling PRISM+ Laguna Ceiling Fan yang merupakan kipas siling pertama dalam Malaysia dengan pencahayaan LED yang boleh diubahsuai. Kipas ini mempunyai 36 pilihan gabungan warna, termasuklah pencahayaan LED 24W tiga tona untuk mencantikkan rumah anda.

    Penutup motor (motor housing) kipas ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Matte White, Matte Black dan Rose Gold, manakala bilahnya pula ditawarkan dalam warna yang sama, serta satu pilihan tambahan Dark Wood.

    Kipas ini mempunyai kadar aliran udara 10,025 CFM (cubic feet per minute), menjadikannya kipas siling paling berkuasa untuk segmen ini dalam pasaran Malaysia. Ia mempunyai sistem Parrell Ball yang akan menstabilkan kipas walaupun dalam kelajuan RPM tertinggi.

    Ia ditawarkan dalam dua varian utama iaitu PRISM+ Laguna Smart dan PRISM+ Laguna Standard. Untuk varian Smart, kipas ini mempunyai beberapa fungsi khas seperti:

    • Natural Wind Mode – Boleh berubah antara Speed 1 dan Speed 6 setiap 20 saat untuk aliran udara yang selesa
    • Sleep Mode – Kelajuan kipas akan perlahan beransur-ansur untuk tidur yang nyaman
    • Reverse Mode – Sedut udara sejuk daripada persekitaran dan tiup ke atas untuk mengitarkan udara
    • Remote Access – Kawal kipas guna telefon pintar
    • Pautan Google Assistant
    • Routines & Automation – Gabungkan dengan PRISM+ Luna Smart Aircon untuk penggunaan tenaga yang efisien

    PRISM+ Laguna Ceiling Fan akan dijual pada harga RM279 (Smart) dan RM179 (Standard). Untuk hiasan lampu LED, anda perlu buat pembayaran tambahan sebanyak RM40.

    Setiap pelanggan akan menerima waranti motor selama 10 tahun dan waranti selama dua tahun untuk komponen-komponen lain, jika mereka mendapatkan pemasangan oleh pihak PRISM+ sendiri. Tanpa pemasangan PRISM+, waranti hanya selama lima tahun untuk motor dan satu tahun untuk semua komponen.

    Layari laman web PRISM+ untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured