More

    Apple iPad 2025 kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula RM1,599

    Apple secara rasmi memperkenalkan iPad generasi ke-11 untuk pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM1,599. Model baharu ini dikuasakan cip A16 Bionic yang menawarkan prestasi lebih pantas serta kecekapan tenaga yang lebih baik.

    Daripada segi reka bentuk, iPad 2025 hadir dengan skrin Liquid Retina berukuran 11 inci yang mempunyai resolusi 2360 x 1640 piksel dan kecerahan 500 nits. Ia menjanjikan paparan lebih terang dan tajam sesuai untuk hiburan serta tugasan harian.

    Apple juga menaik taraf kamera peranti ini dengan lensa utama 12MP yang menyokong rakaman video 4K pada 60 FPS dan zoom digital sehingga 5x. Kamera hadapan 12MP pula dilengkapi teknologi Centre Stage untuk panggilan video yang lebih lancar dan profesional. Daripada segi storan, iPad ini ditawarkan dalam pilihan 128GB, 256GB dan 512GB.

    Model WiFi + Selular boleh didapati dengan harga bermula RM2,299. Bagi pengguna yang mahu meningkatkan pengalaman penggunaan, Apple turut menawarkan aksesori seperti Apple Pencil (berharga RM349 hingga RM449) dan Magic Keyboard Folio dengan harga RM1,149.

    Menariknya, Apple membenarkan pengguna menukar iPad lama mereka untuk mendapatkan rebat antara RM100 hingga RM7,050 bergantung pada keadaan peranti. Bagi yang berminat, tempahan sudah dibuka di sini dan iPad ini dijangka mula dihantar kepada pelanggan dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Apple iPad generasi ke-11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured