More

    Apple Mac Studio dengan cip M4 Max dan M3 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM8,999

    Selain melancarkan komputer riba MacBook Air M4, Apple turut mengumumkan komputer Mac Studio baharu yang dilengkapi cip M4 Max dan M3 Ultra. Selain dijual dengan dua varian cip, ia turut ditawarkan dalam dua varian memori yang berbeza, dengan harga bermula RM8,999.

    Mac Studio mempunyai CPU sehingga 16 teras, GPU sehingga 40 teras, kadar unified memory bandwith melebihi 0.5TB sesaat dan Neural Engine yang lebih pantas sebanyak tiga kali ganda berbanding M1 Max. Mac Studio dengan cip M4 Max boleh menjalankan model AI dalam peranti (on-device) dengan sangat pantas, manakala GPU menawarkan dynamic caching, hardware-accelerated mesh shading dan enjin ray-tracing generasi kedua.

    Mac Studio dengan M4 Max bermula dengan unified memory sebanyak 36GB dan boleh ditambah sehingga 128GB. Cip M4 Max menawarkan Media Engine yang menyediakan dua ProRes accelerators, membuatkan Mac Studio ini sesuai untuk kerja-kerja videografi yang memerlukan suntingan untuk beberapa video 4K ProRes serentak.

    Sementara itu, Mac Studio dengan M3 Ultra menyediakan prestasi lebih pantas sebanyak dua kali ganda berbanding M4 Max. Dengan M3 Ultra baharu, Mac Studio menawarkan CPU 32 teras yang merangkumi 24 teras prestasi, serta terdapat juga pilihan untuk jumlah teras GPU sehingga 80 teras.

    Tambahan lagi, ia mempunyai Neural Engine 32 teras untuk AI dalaman (on-device AI) dan pembelajaran mesin (machine learning), serta seni bina memori dengan bandwith tinggi yang menyediakan lebih 800GB/s untuk kadar unified memory bandwith.

    Mac Studio dengan M3 Ultra mempunyai unified memory bermula daripada 96GB, yang boleh dinaik taraf kepada 512GB dan storan SSD ultra-pantas sehingga 16TB. Sebagai rujukan, storan itu cukup untuk menyimpan video ProRes selama 12 jam. Seni bina grafik yang canggih turut menawarkan Dynamic Caching, serta hardware-accelerated mesh shading dan ray tracing.

    Mac Studio baharu ini turut mempunyai port Thunderbolt 5 yang mampu menyediakan kadar pemindahan data sehingga 120Gb/s. Ini juga membenarkan Mac Studio M3 Ultra untuk dihubungkan kepada lapan skrin Pro Display XDR pada resolusi penuh 6K.

    Ia menawarkan pelbagai jenis hubungan lain, termasuklah port Ethernet 10Gb, port HDMI, port kad SDXC serta Wi-Fi dan Bluetooth dalaman.

    "
    "

    Mac Studio dengan cip M4 Max akan dijual di Malaysia pada harga RM8,999, manakala Mac Studio dengan cip M3 Ultra dengan storan dan unified memory yang lebih besar akan dijual pada harga RM17,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured