More

    Acer kembali dalam pasaran telefon pintar, pelancaran pada 25 Mac ini

    Acer sekali lagi mencuba nasib dalam pasaran telefon pintar selepas hampir sedekad meninggalkannya. Syarikat teknologi terkemuka itu dijadualkan melancarkan barisan telefon pintar menerusi acara “Next Horizon” pada 25 Mac 2025, namun pelancaran ini hanya tertumpu kepada pasaran India buat masa ini.

    Menurut sumber, Acer akan bekerjasama dengan Amazon India untuk membawa masuk peranti baharunya itu tetapi maklumat mengenai spesifikasi dan ciri-ciri telefon pintar tersebut masih terhad. Jika mengikut trend semasa, peranti ini berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan ciri kecerdasan buatan (AI), bateri berkapasiti besar dan teknologi pengecasan pantas.

    Kali terakhir Acer berada dalam pasaran telefon pintar ialah pada tahun 2016. Di Malaysia, syarikat ini pernah memperkenalkan Acer Liquid Zest Plus dengan harga bawah RM1,000. Peranti ini dilengkapi bateri 5,000mAh tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu, Acer juga pernah mengeluarkan telefon yang menggunakan sistem operasi Windows 8.1.

    Siri Liquid bertahan selama beberapa tahun sebelum akhirnya dihentikan. Pasaran telefon pintar kini semakin kompetitif dengan kehadiran pelbagai jenama yang sudah kukuh. Oleh itu, masih menjadi tanda tanya sama ada Acer mampu menembusi pasaran kali ini.

    Para peminat teknologi perlu menunggu sehingga penghujung Mac 2025 untuk melihat apa yang bakal ditawarkan oleh Acer dalam kemunculan semulanya di industri telefon pintar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured