Baru-baru ini, realme secara rasmi telah melancarkan realme C75x dalam pasaran Malaysia. Ia merupakan sebuah telefon pintar peringkat permulaan yang menekankan ketahanan dan ciri praktikal. Peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP69 menjadikannya lebih tahan air, habuk dan hentakan.
realme C75x direka dengan bingkai aluminium die-cast serta Perlindungan ArmorShellâ„¢ yang membantu mengurangkan risiko kerosakan akibat jatuh atau hentakan. Ia turut mempunyai teknologi SonicWave Water Ejection yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan air dari pembesar suara.

Daripada segi spesifikasi, realme C75x hadir dengan RAM Dinamik 8GB, storan 256GB dan bateri 5,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Skrinnya hadir dengan kadar segar semula 120Hz untuk meningkatkan kelancaran penggunaan harian.
Bagi pengguna yang gemar mengambil gambar, kamera utama 50MP dengan AI menawarkan pelbagai ciri untuk membantu menghasilkan imej yang lebih jelas. Selain itu, ciri seperti Mini Capsule 3.0 dan Google Gemini memberi kemudahan dalam mengurus notifikasi dan carian maklumat.

realme C75x dilancarkan dengan harga RM599 dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Coral Pink dan Oceanic Blue. Ia akan mula dijual di platform seperti kedai rasmi realme, Shopee, Lazada dan TikTok bermula 8 Mac hingga 6 April 2025.
Spesifikasi lengkap realme C75x:
- Cipset MediaTek Helio G81 Ultra
- RAM 8GB dengan tambahan RAM maya sehingga 16GB
- Storan dalaman 128GB dengan slot kad microSD untuk penambahan storan
- Skrin IPS LCD​ 6.72 inci​ dengan resolusi 1080 x 2400 piksel (FHD+),​ kadar segar semula 120Hz​ dan kecerahan maksimum sehingga 690 nits
- Kamera belakang: 50MP (utama, f/1.8) dan 2MP (sensor kedalaman)
- Kamera swafoto 8MP (f/2.0)​
- Bateri kapasiti 5600mAh​ dengan pengecasan pantas 45W
- Sistem Operasi: realme UI 5.0 berasaskan Android 14 ​
- Warna: Coral Pink dan Oceanic Blue
- Harga: RM599

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C75x teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







