More

    Guru rugi RM226,400 selepas ditipu “scam” melalui telefon

    Seorang guru berumur 38 tahun dari Kuantan, Pahang telah mengalami kerugian wang sebanyak RM226,400 selepas menjadi mangsa scam melalui panggilan telefon pada November dan Disember tahun lalu.

    Pada waktu tersebut, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang menyamar sebagai seorang pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC), kononnya beliau telah terlibat dalam sindiket penipuan. Kemudian, beliau disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis lalu beliau disuruh untuk memindahkan wang, kononnnya untuk disiasat oleh Bank Negara Malaysia.

    Menurut Polis Diraja Pahang, pada bulan Disember 2024, beliau melakukan 21 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun berbeza sehingga beliau mengalami kerugian berjumlah RM226,400. Wang tersebut datang daripada simpanannya sendiri.

    Kami menasihati para pembaca supaya kekal berwaspada dengan sebarang panggilan telefon yang datang daripada pihak tidak dikenali. Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured