More

    Apple sedang bangunkan Face ID bawah skrin untuk iPad Pro boleh lipat

    Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi Face ID bawah skrin untuk model iPad Pro boleh lipat yang akan datang. Menurut sumber, peranti ini dijangka menampilkan skrin bersaiz 18.8 inci yang lebih besar daripada mana-mana MacBook yang ada sekarang.

    Teknologi Face ID bawah skrin ini mungkin melibatkan pemindahan sebahagian komponen seperti projektor inframerah ke bawah paparan menggunakan ‘meta-lens’. Rancangan ini kedengaran serupa dengan strategi asal untuk mengecilkan Dynamic Island pada iPhone di mana projektor akan dipindahkan ke bawah skrin terlebih dahulu, diikuti oleh kamera beberapa generasi kemudian.

    Pada mulanya, perubahan ini dijangka berlaku tahun ini dengan pelancaran iPhone 17, namun maklumat terkini menunjukkan bahawa teknologi ini masih memerlukan lebih banyak masa untuk diuji sebelum boleh diperkenalkan secara rasmi.

    Touch ID masih terdapat pada beberapa model iPad seperti iPad standard, Air dan mini, manakala model Pro menggunakan Face ID. Pada iPhone, pengimbas cap jari tidak lagi digunakan selepas model SE dihentikan dan iPhone 16e beralih kepada Face ID.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured