More

    vivo Y29s 5G dilancar dengan Dimensity 6300, paparan 90Hz, ketahanan gred tentera dan IP64

    ​vivo telah melancarkan model terbaharu dalam siri Y29 iaitu vivo Y29s 5G yang kini disenaraikan pada laman web global vivo. Peranti ini menampilkan skrin LCD 6.74 inci dengan takuk titisan air, resolusi 1600 x 720 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 570 nits.

    Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6300 yang dibina dengan proses 6nm, RAM LPDDR4X 8GB dan storan eMMC 5.1 sebesar 256GB yang boleh diperluas sehingga 2TB melalui kad microSD. vivo Y29s 5G menawarkan dwi kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor tambahan 0.08MP serta kamera swafoto 5MP.

    Baterinya berkapasiti 5,500mAh menyokong pengecasan 15W dan pengimbas cap jari dipasang di sisi serta menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Pilihan sambungan termasuk Wi-Fi (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5.4, USB Type-C dan GPS.

    Menariknya, ia turut menawarkan penarafan IP64 untuk kalis habuk, air serta jatuhan bertaraf SGS dan gred ketenteraan. Harga untuk vivo Y29s 5G belum diumumkan tetapi ia akan tersedia dalam konfigurasi 8/256GB dengan pilihan warna Titanium Gold dan Jade Green.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y29s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured