More

    Samsung lancar Galaxy F16 5G dan Galaxy F06 5G, harga bermula ~RM507

    Samsung telah memperkenalkan dua telefon pintar baharu dengan Galaxy F16 5G dan Galaxy F06 5G. Kedua-dua peranti ini merupakan model 5G mampu milik dengan spesifikasi menarik serta jaminan sokongan perisian yang panjang yang menjadikannya pilihan menarik untuk pengguna yang mencari telefon dalam kategori ini.

    Galaxy F16 5G ditawarkan pada harga bermula Rs 11,499 (~RM566) manakala Galaxy F06 5G hadir dalam dua varian memori iaitu 4/128GB pada harga Rs 9,999 (~RM507) dan 6/128GB pada harga Rs 11,499 (~RM583). Kedua-dua model ini tersedia dalam pilihan warna Bahama Blue dan Lit Violet.

    Daripada segi spesifikasi, Galaxy F16 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6300 dan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB serta storan dalaman 128GB. Bateri berkapasiti 5000mAh menyokong pengecasan pantas 25W.

    Bagi sistem kamera, peranti ini menampilkan kamera utama 50MP, sensor ultra lebar 5MP dan sensor makro 2MP di bahagian belakang manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 13MP. Telefon ini menjalankan sistem operasi Android 15 dan dijanjikan menerima enam tahun kemas kini OS serta enam tahun kemas kini keselamatan.

    Galaxy F06 5G pula mempunyai paparan IPS LCD bersaiz 6.7 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia turut menggunakan cip MediaTek Dimensity 6300 dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

    Ia mempunyai kamera utama 50MP dan lensa tambahan 2MP di bahagian belakang manakala kamera swafoto di bahagian hadapan hadir dengan sensor 8MP. Sama seperti Galaxy F16 5G, peranti ini menjalankan Android 15 tetapi hanya menerima empat tahun kemas kini OS dan keselamatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu telefon yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...