More

    Touch ‘n Go perkenal sistem parkir LPR – Tiada lagi kad atau tiket fizikal

    Touch ‘n Go telah memperkenalkan sistem parkir baharu berasaskan teknologi Pengenalan Plat Nombor Kenderaan (LPR) yang membolehkan pengguna memasuki dan keluar dari tempat letak kereta tanpa perlu menggunakan kad fizikal atau tiket. Sistem ini membolehkan kamera khas membaca nombor plat kenderaan secara automatik apabila memasuki kawasan parkir.

    Bayaran parkir akan ditolak terus daripada Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu pengguna mengimbas kad atau membuat transaksi manual. Menurut Touch ‘n Go, teknologi ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan pengguna tetapi juga mempercepatkan aliran keluar masuk kenderaan.

    Setakat ini, terdapat 12 lokasi di Malaysia yang menyokong sistem LPR termasuk enam di Selangor, empat di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu di Pulau Pinang dan Sarawak. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mendaftarkan nombor plat kenderaan mereka dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan mengikuti langkah berikut:

    1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Pergi ke bahagian ‘Parking’.
    3. Pilih ikon ‘LPR Parking’.
    4. Tambahkan maklumat kenderaan.
    5. Aktifkan fungsi LPR.

    Pengenalan sistem ini diharap dapat memberikan pengalaman parkir yang lebih lancar dan efisien kepada pengguna di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...