More

    realme 14 5G dan realme 14 Pro 5G akan dilancar datang ke Malaysia pada 20 Mac 2025

    realme Malaysia bakal menunjukkan dua telefon terbaru dalam siri realme Number Series iaitu realme 14 5G dan realme 14 Pro 5G pada 20 Mac 2025. Syarikat teknologi itu telah berkongsi maklumat mengenai pelancarannya dalam Facebook dan turut mengacah kehadiran seorang gamer terkenal sewaktu pengumuman telefon ini kelak.

    Gamer tersebut bakal dilantik sebagai “Ketua Pegawai Gaming (Chief Gaming Officer)” sewaktu majlis pelancaran telefon ini di MITEC.

    realme masih belum mengesahkan banyak maklumat mengentai telefon ini, terutamanya daripada segi spesifikasi. Beberapa minggu lalu, realme berkongsi maklumat mengenai rekaan luarannya yang boleh berubah warna apabila didedahkan kepada suhu sejuk serendah 16°C. Ia turut mempunyai rating kalis air IP69, IP68, IP66 serta pengiktirafan TÜV Rheinland Rugged Smartphone Certification untuk memberikan ketahanan yang tinggi.

    Selain itu, realme telah menunjukkan telefon ini untuk pasaran antarabangsa sewaktu acara Mobile World Congress yang berlangsung di Sepanyol pada awal bulan ini. Antara spesifikasi telefon ini termasuklah cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 45W dan skrin OLED 120Hz 6.77 inci.

    Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama dengan sensor Sony IMX882 50MP OIS, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 16MP. Ia menggunakan perisian NEXT AI yang turut memperkenalkan AI Ultra Clarity 2.0 bagi membawa AI Super-Resolution kepada telefon kelas pertengahan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured