More

    Siri POCO F7 akan dilancar pada 27 Mac 2025

    POCO akan melancarkan telefon pintar andalan mereka untuk 2025 pada 27 Mac ini dalam satu acara global yang akan berlangsung di Singapura pada jam 4 petang. Berdasarkan imej yang dikeluarkan, dua model yang bakal diperkenalkan ialah POCO F7 Pro dan POCO F7 Ultra dengan taglineUltrapower Unleashed”.

    Ini juga menandakan kemunculan pertama model “Ultra” dalam keluarga POCO. Walaupun acara ini adalah global, terdapat khabar angin bahawa India hanya akan menerima model POCO F7 biasa yang masih menjadi misteri buat masa ini. Dengan hanya dua model ditampilkan, terdapat kemungkinan model standard akan dilancarkan secara berasingan.

    Daripada segi spesifikasi, POCO F7 Pro dan F7 Ultra dikatakan berasaskan Redmi K80 dan K80 Pro, namun mungkin terdapat beberapa perubahan terutamanya pada bahagian bateri. Pelancaran siri F7 ini juga berlaku lebih awal daripada jangkaan kerana POCO F6 diperkenalkan pada Mei 2024 manakala F5 pada Mei 2023.

    Acara pelancaran akan distrim secara langsung di YouTube dan juga X. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...