More

    iPhone 16e catat jualan lebih laris berbanding iPhone SE, walaupun jauh lebih mahal

    Pada bulan lalu, Apple memperkenalkan iPhone 16e bagi menggantikan siri iPhone SE sebagai model iPhone yang paling mampu milik. Sungguh pun begitu, harganya yang bermula daripada RM2,999 mendapat kritikan ramai kerana ia jauh lebih mahal berbanding harga pelancaran iPhone SE pada 2022 iaitu RM2,099.

    Walaupun dengan harga sedemikian, ia masih lagi telefon yang paling murah dalam barisan produk iPhone 16, dan ini mungkin menjadi daya penarik buat para pelanggan. Menurut Bloomberg, jualan awal iPhone 16e mencatatkan peningkatan sebanyak 60% berbanding iPhone SE yang dilancar pada 2022.

    Ini mungkin kerana harganya yang lebih murah berbanding varian iPhone 16 lain, jadi pengguna lebih tertarik kepadanya walaupun ia lebih mahal daripada harga pelancaran iPhone SE. Telefon ini juga iPhone yang paling murah untuk mendapatkan kemudahan Apple Intelligence.

    Pelanggan yang datang daripada iPhone lama juga lebih cenderung untuk mendapatkan iPhone 16e berbanding iPhone yang lain kerana harga iPhone 16e yang lebih murah. Selain itu, iPhone 16e adalah peranti yang menarik untuk pelanggan yang datang daripada syarikat korporat, dan ini mungkin menyumbang lagi kepada penjualan iPhone 16e yang tinggi.

    Adakah anda berminat dengan iPhone 16e? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured