More

    Rakuten Kobo Plus dilancar di Malaysia: “Netflix versi e-buku” berharga RM27 sebulan

    Rakuten Kobo hari ini melancarkan Kobo Plus di Malaysia iaitu perkhidmatan langganan digital yang menawarkan akses kepada lebih 2 juta eBook dan 300,000 buku audio pada yuran bulanan bermula RM27 sahaja.

    Perkhidmatan ini boleh didapati melalui aplikasi Kobo Books yang boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store. Anda juga boleh mengaksesnya secara langsung di Kobo eReaders untuk menerokai penulis baharu.

    Katalog buku Kobo Plus menawarkan pelbagai pilihan genre, seperti karya sastera klasik, thriller, kisah cinta, bukan fiksyen dan banyak lagi. Presiden & CEO Rakuten Kobo, Michael Tamblyn, berkata Kobo Plus akan memberi kebebasan kepada ulat buku untuk menerokai katalog yang luas tanpa sebarang had.

    Selain katalog sedia ada, pelbagai judul baharu akan turut ditambah ke dalamnya pada setiap bulan. Kobo Plus akan ditawarkan dalam tiga tahap langganan iaitu:

    • Kobo Plus Read: eBook tanpa had, berharga RM27 sebulan
    • Kobo Plus Listen: Buku audio tanpa had, berharga RM27 sebulan
    • Kobo Plus Read and Listen: eBook dan buku audio tanpa had, berharga RM35 sebulan

    Perkhidmatan ini juga boleh diakses melalui peranti eReader Kobo seperti Kobo Libra Colour, Kobo Clara Colour, Kobo Clara BW, Kobo Elipsa 2E dan Kobo Sage. Peranti-peranti ini mempunyai pelbagai ciri canggih seperti kalis air, ComfortLight PRO untuk pancaran cahaya biru rendah, sokongan stilus dan butang selak halaman.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured