More

    BYD umumkan Super e-Platform 1000V, pengecasan 400km dalam masa 5 minit!

    BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China telah melancarkan platform baharu yang dinamakan Super e-Platform 1000V. Platform ini membolehkan pengecasan ultra-pantas dan menambah jarak pemanduan sejauh 400 kilometer hanya dalam masa lima minit.

    Platform 1000V ini bukan sekadar peningkatan voltan bateri tetapi melibatkan reka bentuk semula sistem pemanduan, pengawal motor, sistem penyaman udara dan komponen lain untuk menyokong voltan tinggi. Bateri Blade BYD yang diperkenalkan beberapa tahun lalu telah direka semula untuk memastikan pemindahan ion yang lebih pantas sambil mengurangkan rintangan yang seterusnya mengurangkan penjanaan haba sel sehingga 50%.

    BYD turut memperkenalkan dua model baharu yang menggunakan platform ini iaitu sedan Han L dan SUV Tang L. Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas 1 megawatt (MW) yang membolehkan pengecasan penuh dalam masa 5 hingga 8 minit. Ini menjadikan masa pengecasan EV setanding dengan masa yang diambil untuk mengisi tangki petrol kenderaan konvensional.

    Untuk menyokong teknologi ini, BYD merancang membina lebih 4,000 stesen pengecasan baharu di seluruh China. Langkah ini dijangka mempercepatkan penerimaan EV dalam kalangan pengguna dengan mengurangkan masa pengecasan dan meningkatkan kemudahan.

    Pengumuman ini telah memberi kesan positif kepada saham BYD, yang meningkat hampir 50% dalam tempoh enam bulan terakhir. Sebaliknya, saham Tesla mengalami penurunan lebih daripada 5% selepas pengumuman BYD mengenai teknologi pengecasan pantas ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured