More

    Google umum Pixel 9a dengan Tensor G4, kemas kini 7 tahun dan IP68 bermula RM2,699

    Google secara rasmi mengumumkan Pixel 9a yang merupakan model paling berpatutan dalam siri Pixel 9. Daripada segi reka bentuk, Pixel 9a mengekalkan gaya siri Pixel 9 dengan panel hadapan Corning Gorilla Glass 3, rangka aluminium rata dan panel belakang polikarbonat. Kini, ia juga hadir dengan ketahanan IP68 terhadap air dan habuk menjadikannya lebih tahan lasak.

    Skrin Pixel 9a sedikit lebih besar pada 6.3 inci dengan resolusi 2424×1080 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya mampu mencapai kecerahan sehingga 2700 nits dan menyokong HDR dengan kedalaman warna 8-bit. Ia dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2, RAM 8GB dan pilihan storan 128GB atau 256GB.

    Kamera utama menggunakan sensor 48MP dengan teknologi autofokus Quad PD Dual Pixel dan OIS dan kamera ultra lebar 13MP serta kamera swafoto 13MP dikekalkan daripada model sebelumnya. Peranti ini turut memperkenalkan ciri baharu untuk siri A termasuk Macro Focus untuk tangkapan dekat yang lebih terperinci serta mod Astrophotography untuk fotografi langit malam.

    Pixel 9a dilengkapi bateri 5100mAh dengan jangka hayat lebih 30 jam, menyokong pengecasan berwayar 23W dan pengecasan wayarles Qi. Ia menjalankan Android 15 dan menerima kemas kini OS serta keselamatan selama tujuh tahun. Pixel 9a tersedia dalam empat warna seperti Obsidian, Porcelain, Iris dan Peony.

    Spesifikasi lengkap Google Pixel 9a:

    • Cipset Google Tensor G4, pemproses keselamatan Titan M2
    • RAM 8GB + storan dalaman 128GB/256GB
    • Skrin Actua 6.3 inci (nisbah aspek 20:9, resolusi 1080 x 2424 pOLED, kadar segar semula 60-120Hz, Corning Gorilla Glass 3, kecerahan sehingga 1800 nits (HDR) dan 2700 nits (puncak), nisbah kontras 1,000,000:1, sokongan HDR, kedalaman warna 24-bit untuk 16 juta warna)
    • Kamera belakang: 48MP (lebar) + 13MP (ultra lebar) (Dual kamera, Super Res Zoom sehingga 8x, kualiti optik pada 0.5x, 1x)
    • Kamera swafoto: 13MP
    • Dimensi & Berat: 154.7 mm x 73.3 mm x 8.9 mm | 185.9 g
    • Bateri berkapasiti 5100 mAh (pengecasan berwayar 23W dan pengecasan wayarles Q)
    • Warna: Obsidian, Porcelain, Iris dan Peony
    • Sistem operasi Android 15
    • Ciri Kamera: Super Res Zoom, Add Me, Macro Focus, Night Sight, Astrophotography, Portrait Mode, Face Unblur, Long Exposure, Real Tone, Panorama, Top Shot, Frequent Faces
    • Ciri Penyuntingan: Magic Editor, Auto Frame, Reimagine, Magic Eraser, Best Take, Photo Unblur, Portrait Light
    • Ketahanan: Rintangan air dan habuk IP68, salutan anti-cap jari, 100% aluminium kitar semula dalam rangka, sekurang-kurangnya 23% bahan kitar semula (berat produk), 81% plastik kitar semula pada penutup belakang, pembungkusan bebas plastik 100%
    • Kemas kini 7 tahun kemas kini OS, keselamatan dan Pixel Drop
    • Harga: Bermula RM2,699

    Google Pixel 9a bakal dilancarkan di Malaysia dan akan tersedia di Google Store mulai April 2025 dengan harga RM2,699. Sarung Pixel 9a juga tersedia manakala Pixel 9a termasuk 3 bulan Google One dan 6 bulan Fitbit Premium. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...