More

    Pembayaran Fasa 2 STR bermula Isnin ini

    Kerajaan akan mula mengagihkan pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 24 Mac 2025 yang melibatkan hampir 9 juta penerima dengan jumlah bantuan sehingga RM650.

    Penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran melalui akaun bank masing-masing atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), mengikut kategori kelayakan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menyemak kelayakan, anda boleh melayari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.

    Sekiranya nama anda tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal rasmi untuk proses semakan dan pengesahan kelayakan. Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan membuka pendaftaran STR sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat yang layak mendapat bantuan ini.

    Dalam perkembangan lain, penerima STR yang bukan dalam kategori miskin atau miskin tegar (kecuali bujang) boleh menyemak kelayakan mereka untuk bantuan SARA melalui portal MyKasih. Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk kredit ke dalam MyKad penerima bermula April hingga Disember dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai dan pasar raya terpilih.

    Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi STR dan MyKasih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured