More

    PUBG MOBILE kerjasama dengan BABYMONSTER sempena ulang tahun ke-7, tawarkan pelbagai kandungan eksklusif

    Bagi menyambut ulang tahunnya yang ketujuh, game mudah alih popular PUBG MOBILE akan bekerjasama dengan kumpulan K-Pop ternama BABYMONSTER untuk menyediakan pelbagai kandungan eksklusif kepada para pemain. Bermula hari ini sehingga 6 Mei 2025, para pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai kandungan, item dan ganjaran khas yang diinspirasikan daripada gaya ikonik BABYMONSTER.

    Dalam peta Erangel dan Rondo, pemain boleh mencari bas khas bertemakan BABYMONSTER dan menaikinya untuk menonton mesej video khas daripada kumpulan K-Pop itu dan mendapatkan pelbagai ganjaran menarik. Selain itu, di tengah-tengah peta, terdapat pondok foto interaktif yang mengundang pemain untuk mengambil gambar dengan ahli-ahli BABYMONSTER kegemaran mereka dan mendapatkan lebih banyak ganjaran.

    Sewaktu bermain, para pemain boleh memasang pemain kaset BABYMONSTER yang akan memainkan lagu-lagu BABYMONSTER yang popular. Untuk pemenang yang berjaya mendapatkan “Chicken Dinner” di akhir pusingan, mereka boleh sambut kemenangan dengan tarian “DRIP” dan dapatkan hadiah BABYMONSTER Sketch Space Gifts.

    PUBG Mobile boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kandungan khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured