More

    Suunto Aqua Light dilancar di Malaysia: Fon telinga “bone conduction” ringan & kalis air berharga RM699

    Suunto Malaysia baru-baru ini melancarkan Suunto Aqua Light iaitu sepasang fon telinga wayarles gaya bone conduction yang ringan dan kalis air. Ia mempunyai rekaan terbuka (open-ear) yang membenarkan pengguna mendengar muzik sambil peka dengan persekitaran.

    Buat mereka yang tidak tahu, fon telinga bone conduction menghantar bunyi melalui getaran pada tulang pipi (cheekbone), jadi ia membenarkan telinga untuk kekal terdedah dan pengguna masih boleh peka terhadap persekitaran. Bone conduction juga lebih efektif untuk mendengar lagu sewaktu berada dalam air, berbanding fon telinga wayarles biasa.

    Ia mempunyai berat 33 gram sahaja dan rating kalis air IP68 yang bermaksud ia boleh tenggelam dalam air pada paras kedalaman 2 meter sehingga 2 jam. Ini menjadikannya sesuai digunakan oleh penggiat sukan air, serta sukan-sukan lain di atas darat.

    Baterinya boleh bertahan selama 10 jam, dan pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama tiga jam. Selain itu, ia mempunyai environmental noise cancellation (ENC) yang membatalkan bunyi bising dan menghasilkan kualiti audio yang lebih jelas.

    Fon telinga ini turut mempunyai storan dalaman 32GB yang boleh menyimpan sehingga 8,000 lagu, buku audio dan podcast daripada pelbagai platform seperti Amazon, Apple Music dan audiobookstore.com. Fail yang disimpan dalam storan boleh diurus dengan aplikasi Suunto.

    Suunto Aqua Light akan dijual di Malaysia pada harga RM699 dan ditawarkan dalam pilihan warna Tidal Black serta Reef Blue. Ia boleh dibeli di laman rasmi Suunto Malaysia dalam TikTok Shop, Shopee dan Lazada, serta pengedar-pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured