More

    TM Roh dilantik sebagai pemangku Ketua Bahagian Pengalaman Peranti (DX) Samsung

    Samsung Electronics telah mengumumkan perubahan kepimpinan dalam syarikat berikutan pemergian Han Jong-hee minggu lalu. Ketua perniagaan Mobile eXperience (MX) Samsung, TM Roh, kini dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian Device eXperience (DX).

    Selain itu, beberapa eksekutif lain turut diberikan peranan baharu. Won-joon Choi dinamakan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian MX dan akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pejabat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) serta Ketua Pasukan Operasi Global bahagian tersebut.

    Sementara itu, Cheolgi Kim dilantik sebagai Ketua Bahagian Peralatan Digital. Samsung juga telah melantik Mauro Porcini sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Rekaan (Chief Design Officer). Sebelum menyertai Samsung, Porcini pernah berkhidmat di Pepsi dan 3M.

    Dalam kenyataan rasmi, Samsung menyatakan bahawa penambahan Porcini akan memperkukuh keupayaan reka bentuk syarikat merentasi semua bidang perniagaan termasuk peranti mudah alih, televisyen dan peralatan rumah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured