Dua syarikat telekomunikasi tempatan, Telekom Malaysia (TM) dan CelcomDigi, telah mengumumkan beberapa bantuan telekomunikasi bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat kebakaran paip api di Putra Heights, Selangor baru-baru ini.
TM akan membina semula infrastruktur rangkaian yang terjejas di lokasi itu secara berperingkat. Kerja-kerja pemulihan akan dimulakan sebaik sahaja pihak bomba dan pihak berkuasa memberi kebenaran kepada mereka.
Mereka juga akan mengambil langkah-langkah berikut:
- Mengecualikan bil Unifi Home selama sekurang-kurangnya satu bulan
- Melanjutkan tempoh pembayaran bil kepada 60 hari tanpa penggantungan perkhidmatan
- Penggantian peralatan percuma seperti router, modem dan mesh yang rosak
- Pendawaian dalaman standard secara percuma
- Talian sokongan di 100 untuk pelanggan Unifi Home dan SME
- WiFi percuma di pusat pemindahan sementara
Sementara itu, CelcomDigi telah membuka kaunter sementara di Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia untuk bantu mangsa kejadian. Antara inisiatif yang akan dilakukan oleh CelcomDigi termasuklah:
- Mengecualikan bil pascabayar
- Kredit untuk prabayar
- Penggantian kad SIM
- Edaran powerbank di pusat pemindahan
Terima kasih kepada kedua-dua syarikat atas sumbangan berharga pada waktu yang sukar ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







