More

    Infinix Note 50S 5G+ akan mempunyai “bau unik”, boleh tahan 6 bulan

    Infinix bakal melancarkan Infinix Note 50S 5G+ di India pada 18 April 2025 dan satu ciri yang unik padanya ialah ia bakal mempunyai bau tersendiri, menjadikannya telefon pertama yang dipasarkan dengan ciri tersebut.

    Menurut CEO Infinix India Anish Kapoor, telefon ini bakal mempunyai ciri Energizing Scent-Tech yang akan menghasilkan bau wangi daripada permukaan belakangnya. Ia melibatkan teknologi Microencapsulation yang memerangkap molekul wangi dalam kapsul skala mikroskopik, kemudian kapsul itu akan disebatikan pada permukaan belakang telefon ini.

    CEO Infinix India Anish Kapoor memegang Infinix Note 50S 5G+

    Apabila telefon ini dikeluarkan daripada kotak oleh pelanggan, ia akan mula menghasilkan bau wangi yang akan bertahan sehingga enam bulan. Beliau menyifatkan bau ini sebagai halus dan tahan lama, namun ketahanannya bergantung kepada persekitaran telefon tersebut seperti keadaan iklim sekeliling, suhu dan kelembapan udara. Selepas ia habis, pelanggan tidak boleh menambah bau baharu.

    Telefon ini akan ditawarkan dalam tiga warna, namun hanya warna biru Marine Drift Blue yang datang dengan hiasan vegan leather akan mempunyai ciri bau wangi ini. Untuk harga, beliau belum dedahkannya namun ia akan dijual pada harga bawah INR20,000 (~RM1,050).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Infinix ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digit.in

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured