More

    Spesifikasi HONOR Play4 Pro dibocorkan, akan dilengkapi cipset Kirin 990 5G

    Dengan tarikh pelancaran HONOR Play4 Pro yang sudah hampir pada 3 Jun ini, nampaknya butiran spesifikasi telefon tersebut sudah pun boleh didapati di TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency) dengan kod TNNH-AN00. Menurut maklumat awal ini, nampaknya ia bakal dilengkapi cipset flagship Kirin 990 5G.

    Selain itu, ia juga mempunyai skrin TFT Full HD+ 6.81 inci, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas 40W. Butiran tentang kameranya masih belum diketahui selain daripada kamera hadapannya yang terdiri daripada 32MP + 8MP.

    Maklumat di atas masih belum disahkan oleh HONOR, namun satu ciri menarik yang memang sudah disahkan adalah kebolehan Play4 Pro untuk mengukur suhu. Ia boleh digunakan untuk membaca suhu manusia, haiwan peliharaan dan makanan namun telefon tersebut perlu diletakkan dekat dengan objek yang ingin diukur suhunya.

    Play4 Pro akan dilancarkan pada 3 Jun ini di China. Beritahu kami jika anda berminat dengan telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured