More

    Unifi tawarkan tontonan percuma untuk perkhidmatan strim Vidio selama sebulan

    Syarikat perkhidmatan internet Unifi kini sedang menganjurkan promosi Hari Raya untuk para pelanggan Unifi Home dan Unifi TV. Semua pelanggan perkhidmatan ini akan menerima langganan percuma untuk perkhidmatan penstriman Vidio selama sebulan.

    Pelanggan boleh menebus langganan percuma ini sebelum 23 April 2025. Jika anda tidak tahu tentang Vidio, ia merupakan penstriman yang berasal dari Indonesia dan ia menawarkan pelbagai kandungan eksklusif yang diterbitkan dari negara serumpun itu.

    Antara siri yang diketengahkan oleh Vidio termasuklah Santri Pilihan Bunda 2, Azzamine, Gelas Kaca dan Bad Guys. Selain itu, anda juga boleh tonton BRI Liga 1 iaitu liga bola sepak terkemuka di Indonesia.

    Pelanggan Unifi boleh gunakan tempoh sebulan ini untuk menonton kandungannya. Perlu diingati bahawa jika anda tidak berminat untuk meneruskan langganan Vidio, anda perlu tamatkannya secara manual sebelum tempoh sebulan ini tamat untuk elakkan daripada dikenakan caj bulanan.

    Jika anda berminat dengan Vidio, ia boleh dilanggan pada harga bermula RM12 sebulan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Unifi

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured