More

    Grab lancar pembantu AI pintar untuk peniaga & pemandu di Asia Tenggara

    Grab telah memperkenalkan dua penyelesaian AI terkini iaitu AI Merchant Assistant dan AI Driver Companion bagi membantu peniaga dan pemandu memaksimumkan potensi mereka di platform Grab. Penyelesaian ini direka untuk memberikan pandangan yang berguna serta membantu tugasan harian melalui teknologi AI canggih, hasil kerjasama dengan OpenAI dan Anthropic, pencipta model Claude AI.

    Langkah ini adalah lanjutan daripada kolaborasi Grab dengan OpenAI yang diumumkan pada Mei 2024 dan kini diperluaskan bersama Anthropic melalui kerjasama strategik terbaru. Menurut Philipp Kandal yang merupakan Ketua Pegawai Produk Grab, dua alat pintar ini akan memperkasa komuniti peniaga dan pemandu di Asia Tenggara dengan menyelesaikan masalah sebenar menggunakan pendekatan “AI-First with Heart”.

    AI Merchant Assistant diintegrasikan ke dalam aplikasi GrabMerchant dan direka khas untuk membantu perniagaan kecil yang tidak mempunyai sumber besar seperti jenama korporat. Ia berfungsi sebagai penasihat perniagaan 24/7 yang memahami keperluan setiap peniaga dan memberi cadangan tersuai dalam nada mesra. Fungsi ini boleh membantu dalam mencipta kempen iklan, mengemas kini menu dan tidak lama lagi ia mampu mencadangkan penyelesaian pembiayaan seperti produk daripada GrabFin dan bank digital Grab.

    Sementara itu, AI Driver Companion menawarkan dua ciri utama yang memanfaatkan AI seperti panduan perjalanan dan alat laporan suara. Ciri panduan perjalanan menggunakan data masa nyata dan sejarah untuk mengesan kawasan permintaan tinggi untuk memudahkan pemandu mencari penumpang dengan lebih cepat dan cekap. Seramai 250,000 pemandu telah menggunakannya setiap minggu.

    Alat laporan suara pula membolehkan pemandu memberi laporan keadaan jalan secara lisan, seperti trafik, banjir dan kerja jalan dalam pelbagai bahasa. Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan tetapi juga mempercepatkan kemas kini GrabMaps. Sejak pelancarannya, lebih 16,000 laporan harian diterima dari 900,000 pemandu, meningkatkan ketepatan peta dan produktiviti pemandu.

    Dengan lebih 44 juta pengguna aktif bulanan di 8 negara dan lebih 800 bandar di Asia Tenggara, Grab memberikan peluang besar kepada OpenAI dan Anthropic untuk menguji model AI mereka dalam dunia sebenar. Grab dan rakan AI-nya bersama-sama mencipta alat yang benar-benar berguna bagi peniaga dan pemandu, sambil menyumbang kepada pembangunan AI global. Model GPT-4o dari OpenAI digunakan dalam alat laporan suara manakala API masa nyata memastikan komunikasi suara dari AI berlaku secara empatik dan pantas, menyerupai perbualan manusia sebenar. Ini mencerminkan visi Grab untuk membina teknologi pintar yang berteraskan komuniti dan impak positif.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...