More

    Harga langganan Apple TV+ di Malaysia turun, kini bermula RM7.90 sebulan sahaja

    Jika anda berminat dengan siri televisyen dan filem yang ditawarkan dalam perkhidmatan penstriman Apple TV+, anda kini boleh mula melanggan pada harga yang lebih murah sebelum ini. Apple TV+ kini boleh dilanggan pada harga RM7.90 sebulan sahaja, jauh lebih murah berbanding harga asal RM29.90 sebulan.

    Walau bagaimanapun, harga langganan RM7.90 sebulan ini hanya layak untuk pelanggan baru serta pelanggan lama yang ingin kembali. Selain pelanggan baru, jika anda telah berhenti melanggan kepada Apple TV+ selama sebulan atau lebih, anda layak menerima tawaran khas ini.

    Selepas anda menerima tawaran ini, harga langganan RM7.90 sebulan akan berlangsung selama tiga bulan pertama sahaja, kemudian ia kembali kepada harga asal iaitu RM29.90 sebulan.

    Promosi ini hanya akan ditawarkan sehingga 24 April 2025 sahaja. Ia hanya boleh diterima oleh pelanggan yang ingin langgan Apple TV+ secara terus dan tidak boleh digabungkan dengan pakej telko atau gajet.

    Antara kandungan Apple TV+ yang menarik perhatian orang ramai pada waktu ini termasuklah siri televisyen Severance, The Studio, Ted Lasso dan Dope Thief, serta filem The Gorge, Wolfs, Greyhound dan Fly Me to the Moon.

    Layari laman web Apple TV+ untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured