More

    Selesa, bersih, jimat: Penghawa dingin 3 dalam 1 dengan Coway P-Series

    Nak naik taraf rumah tanpa kena rabak poket? Inilah dia penghawa dingin Coway P-Series. Penyaman udara generasi baru yang bergaya, berkuasa dan sangat berbaloi. Diperkenalkan dengan semangat Big Power, Small Price, Coway P-Series menyatukan prestasi penyejukan yang hebat, ciri inovatif dan reka bentuk moden di mana semua ini dengan harga mampu milik.

    Iklim tropika di Malaysia agak mencabar dengan panas secara tiba-tiba. Namun, dengan Coway P-Series, anda dapat penyejukan berkuasa serta 6 tahap penjagaan kebersihan yang bukan sahaja menyejukkan dengan cepat, tetapi juga membersihkan udara dengan lebih sihat. Dengan aliran udara dinamik dan kecekapan tenaga, anda akan lebih selesa dan boleh menjimatkan bil elektrik.

    Coway P-Series bukan hanya berfokuskan fungsi tetapi juga memberikan gaya hidup mewah. Bayangkan rumah anda sejuk semasa jamuan keluarga tanpa perlu berebut kipas atau bilik kerja di rumah yang tidak lagi rasa seperti sauna. Dengan fungsi pembersihan kendiri yang rendah penyelenggaraan dan nilai tahan lama, Coway P-Series menyatu sempurna dengan rutin harian tidak kira ketika berehat, bekerja atau bermain bersama haiwan kesayangan.

    Akhir kata, Coway P-Series bukan sekadar penyaman udara mampu milik, ia juga merupakan satu peningkatan hidup. Untuk anda yang mahukan nilai hebat, keselesaan dan kesihatan dalam satu pakej bergaya, inilah penyelesaian penyejukan yang anda cari. Sesuai untuk pemilik rumah baru, pasangan baru berkahwin, pencinta haiwan peliharaan dan keluarga yang inginkan keselesaan serta kualiti udara yang lebih baik.

    Hanya RM110/ bulan memberikan anda segalanya dengan lebih berpatutan! Bagi mereka yang berminat, anda boleh lawati laman web rasmi Coway untuk tahu lebih lanjut mengenai Coway P-Series. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...