More

    Sony lancar WF-C710N dengan ANC canggih, warna baharu untuk WH-CH720N dan WH-CH520

    Sony Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran fon telinga wayarles terbaharu dengan WF-C710N yang menampilkan teknologi pembatalan bunyi bising canggih, kualiti audio mantap serta hadir dalam empat pilihan warna seperti Glass Blue, Pink, Black dan White.

    Model ini dilengkapi teknologi Dual Noise Sensor untuk pengalaman muzik tanpa gangguan dan mod Ambient Sound yang membolehkan pengguna kekal peka dengan persekitaran mereka. Fungsi pintar Adaptive Sound Control pula mampu mengesan lokasi dan aktiviti pengguna, lalu melaraskan tetapan bunyi secara automatik.

    WF-C710N menawarkan sehingga 30 jam masa main balik dengan bekas pengecas dan pengecasan lima minit mampu memberikan 60 minit masa main balik. Menariknya, ia mempunyai ciri AI yang dihasilkan berasaskan 500 juta data suara yang boleh membantu pengguna untuk menjawab telefon dengan lebih jelas walaupun dalam suasana bising.

    Ia kini tersedia di Malaysia dengan harga rasmi RM 399. Sony juga memperkenalkan warna pastel baharu untuk dua model sedia ada. WH-CH720N kini hadir dalam pilihan warna merah jambu manakala WH-CH520 pula menampilkan warna merah jambu dan kuning sejajar dengan trend Gen Z masa kini.

    Semua produk kini boleh didapati di pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sony Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WF-C710N dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured