More

    MediaTek umum cipset Dimensity 9400+ dengan sambungan Bluetooth sehingga 10km

    MediaTek hari ini telah melancarkan cipset andalan terbaharu dengan Dimensity 9400+ yang menjanjikan pengalaman AI generatif dan agentik terus di dalam peranti mudah alih tanpa menjejaskan kecekapan tenaga. Cipset ini direka dengan struktur All Big Core termasuk satu teras berkuasa Arm Cortex-X925 dan sokongan tiga Cortex-X4 serta empat Cortex-A720.

    Gabungan ini meningkatkan prestasi untuk satu dan berbilang teras yang memberikan pengalaman Android lebih lancar. Ia hadir dengan MediaTek NPU 890 yang menyokong pelbagai Model Bahasa Besar (LLM) dan teknologi AI terkini seperti Speculative Decoding+ yang menjadikan tindak balas AI 20% lebih pantas.

    Ia turut dilengkapi Dimensity Agentic AI Engine untuk membolehkan aplikasi tradisional ditingkatkan menjadi lebih pintar dan adaptif. Untuk peminat permainan mudah alih, GPU 12-teras Arm Immortalis-G925 menyokong visual realistik dan prestasi stabil.

    Gabungan teknologi seperti Frame Rate Converter 2.0+ pula menggandakan kadar bingkai sambil menjimatkan tenaga sehingga 40%. Daripada segi kamera, pengguna kini boleh merakam video HDR merentasi seluruh julat zum dengan peralihan yang lancar.

    Sambungan juga dipertingkatkan termasuk Bluetooth jarak jauh sehingga 10km, sokongan Wi-Fi 7 dan sambungan satelit BeiDou untuk penjejakan lebih pantas walaupun tanpa isyarat selular. Telefon pintar pertama dengan Dimensity 9400+ dijangka berada di pasaran bulan ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured