More

    Devialet buka kedai pertama di Pavilion KL, tawarkan ruang dan produk audio premium

    Devialet, syarikat kejuruteraan akustik terkemuka dari Perancis secara rasmi telah membuka kedai pertama di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur. Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan global syarikat untuk memperkukuh kedudukannya dalam teknologi audio mewah di Asia Tenggara.

    Majlis perasmian kedai ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Devialet, Jacques Demont, bersama Pengarah Serantau Asia-Pasifik, Martin Ku. Ia menawarkan ruang eksklusif untuk para pelanggan merasai produk seperti pembesar suara Devialet Phantom dan soundbar Devialet Dione.

    Reka bentuk butik ini menampilkan estetika minimalis bergaya Perancis dengan palet monokromatik dan bahan moden. Tumpuan utama adalah “bilik pendengaran” khas yang direka untuk memberikan pengalaman audio mendalam termasuk sistem teater Phantom 5.1 surround.

    Teknologi utama termasuk ADH® (gabungan penguatan analog dan digital) dan Heart Bass Implosion® (bass yang padat dan dalam sehingga 14Hz) menjadikan Devialet Phantom sebagai produk audio berimpak tinggi dalam rekaan kompak. Antara produk yang dipamerkan termasuk Phantom I & II, Dione, Gemini II (fon telinga wayarles) dan Devialet Mania.

    Pelanggan juga boleh menikmati promosi istimewa sempena pembukaan seperti aksesori percuma atau lanjutan jaminan selama tiga tahun untuk pembelian terpilih sehingga 30 April. Lokasi tepat adalah di Lot 2.29.00, Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencuba produk daripada Devialet dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured