More

    CMF Phone 2 Pro akan datang bersama pengecas dalam kotak

    Jenama CMF by Nothing bakal melancarkan telefon pintar CMF Phone 2 Pro pada 28 April ini dan ia dijangka akan mempunyai fungsi dan ciri-ciri telefon kelas pertengahan.

    Apa yang menarik untuk telefon ini adalah ia bakal didatangkan dengan pengecas dalam kotak. Maklumat ini disampaikan oleh pengasas bersama Nothing, Akis Evangelidis, melalui media sosial X.

    Sungguh pun demikian, beliau menyatakan pengecas hanya akan disertakan untuk pasaran India. Beliau tidak menjelaskan sama ada semua negara akan menerima pengecas dalam kotak telefon ini.

    Untuk makluman, CMF Phone 1 yang dilancar pada tahun lalu tidak mempunyai pengecas dalam kotaknya. Jika pengecas disertakan dalam kotak CMF Phone 2 Pro, ini menjadikan CMF jenama pertama yang mengembalikan pengecas dalam kotak telefon baharu, selepas melancarkan telefon sebelumnya yang tidak disertakan bersama pengecas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured