More

    Peranti elektronik akan dikecualikan daripada tarif baharu AS buat sementara waktu

    Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini mengumumkan garis panduan baharu yang mengecualikan telefon pintar, komputer riba dan beberapa barangan elektronik pengguna lain buat sementara waktu daripada dikenakan tarif baharu sebanyak 125 peratus ke atas barangan buatan China.

    Namun begitu, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick menjelaskan bahawa pengecualian ini hanyalah bersifat sementara. Dalam temu bual bersama Jonathan Karl dalam rancangan This Week, Lutnick menyatakan bahawa dalam masa sebulan atau dua, produk-produk ini akan dikenakan tarif baru bersama dengan industri semikonduktor. Pendekatan fokus khas ini adalah serupa dengan tarif yang telah dikenakan terhadap sektor automotif.

    Apabila ditanya sama ada tarif tersebut akan merangkumi produk seperti iPhone yang banyak dibina di China, Lutnick mengesahkan ia betul dan menyatakan bahawa matlamat utama adalah untuk menggalakkan pengeluaran dilakukan di Amerika Syarikat. Walaupun Karl membangkitkan cabaran logistik untuk membuka kilang baru secara tiba-tiba, Lutnick kekal optimistik sambil merujuk kepada kilang bateri EV Panasonic di Kansas sebagai contoh pelaburan luar yang membina dalam AS.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured