More

    Kemaskini iOS 13.5.1 gagahkan sekuriti untuk halang Jailbreak

    Berita ini mungkin menjadi berita dukacita untuk pengguna iPhone yang gemar melakukan proses Jailbreak pada perantinya. Terkini, Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 13.5.1 untuk memperbaik sekuriti yang mungkin sebelum ini mudah untuk diceroboh bagi menjalani proses Jailbreak.

    Keseronokan menikmati ciri Jailbreak mungkin akan terganggu jika anda mengemaskininya. Namun, berkemungkinan akan ada komuniti Jailbreak yang berjaya melepasi sekuriti sekali lagi walaupun dengan kemas kini sekuriti terbaru.

    Kemas kini sebesar 77.5MB ini walau bagaimanapun tidak memperlihatkan kemas kini sekuriti dengan terperinci selain menyatakannya seperti dalam gambar di atas.

    Menurut sumber, iPadOS 13.5.1 dan watchOS turut diberi kemas kini baru untuk menampal isu yang sama. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

    Sumber: Amanz

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured