More

    1 daripada 5 iPhone di dunia kini dihasilkan di India

    Apple telah meningkatkan pengeluaran iPhone di India secara ketara dengan nilai pengeluaran mencecah AS$22 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2025. Ini menandakan peningkatan sebanyak 60% berbanding tahun sebelumnya yang menjadikan India sebagai penyumbang kepada satu daripada lima unit iPhone yang dijual di seluruh dunia.

    Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Apple untuk mengurangkan kebergantungan terhadap China terutamanya selepas gangguan pengeluaran akibat sekatan COVID-19 di negara tersebut. Faktor lain yang mendorong peralihan ini termasuk insentif kerajaan India dan ketegangan geopolitik yang berterusan.

    Sebahagian besar pengeluaran iPhone di India dikendalikan oleh kilang Foxconn di selatan negara itu manakala Tata Electronics yang mengambil alih operasi Wistron dan Pegatron, turut memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan Apple. Daripada jumlah keseluruhan pengeluaran, sekitar AS$17.4 bilion iPhone telah dieksport dari India dalam tempoh tersebut.

    Penghantaran ke Amerika Syarikat meningkat selepas pengumuman tarif “resiprokal” dengan Apple mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan kesan negatif daripada dasar perdagangan tersebut. India kini menghasilkan keseluruhan rangkaian iPhone termasuk model premium seperti iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro.

    Apple dijangka terus memperluas kapasiti pengeluarannya di India sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mempelbagaikan lokasi pengeluarannya dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kebergantungan terhadap satu negara tunggal.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Times of India

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured