More

    PUBG Mobile perkenalkan tema & mod baru yang menampilkan hutan misteri

    Bermula 1 Jun, PUBG Mobile memperkenalkan tema Mysterious Jungle buat peta hutan kegemaran pemain, Sanhok. Para pemain yang ingin memainkan dalam Classic Mode untuk peta Sanhok berpeluang secara rawak untuk memainkan peta tersebut dalam tema Mysterious Jungle.

    Pemain juga berpeluang bermain dalam Jungle Adventure Mode yang memperkenalkan beberapa tiang totem untuk mendapatkan kebolehan unik, seperti Power Totems untuk membaiki Helmets dan Vests, Strategy Totems untuk mengembalikan Energy serta Protection Totems untuk memulihkan Health.

    Barang-barang baru yang diperkenalkan dalam kemas kini PUBG Mobile ini termasuk Jungle Food, di mana pemain boleh memakannya untuk mengalami pelbagai efek rambang seperti memulihkan Health dan Energy atau mengalami kerunsingan. Di samping itu, terdapat juga belon udara panas sebagai kenderaan baru untuk digunakan oleh pemain.

    Tentunya kemas kini baru ini akan mendatangkan cabaran baru dalam map Sanhok yang digemari ramai. PUBG Mobile boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memainkan kemas kini Mysterious Jungle dalam PUBG Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured