More

    realme 14 Series Roadshow akan dianjur di beberapa negeri sehingga 27 April 2025

    Sempena pelancaran siri telefon pintar kelas pertengahan realme 14 5G dan realme 14 Pro 5G, realme Malaysia ingin memberi peluang kepada anda untuk cuba sendiri telefon-telefon ini di realme 14 Series Roadshow. Ia akan berlangsung di beberapa negeri sehingga hari Sabtu, 27 April 2025.

    Perlu diingati bahawa tarikh jerayawara ini berbeza mengikut negeri. Berikut adalah senarai lokasinya:

    • Ipoh Parade, Perak: 17-20 April
    • IOI City Mall, Putrajaya: 16-20 April
    • Setia City Mall, Selangor: 16-20 April

    Dalam setiap lokasi di atas, pengunjung boleh menikmati Lucky Draw Bonanza untuk peluang memenangi realme Pad 2 Lite dan realme Watch S2, serta membeli power bank pada harga serendah RM14. Terdapat juga pakej telko yang memudahkan anda untuk memiliki telefon realme yang baharu ini.

    Selain itu, terdapat juga kempen Gift Attack yang menawarkan hadiah bernilai RM900, termasuklah Techlife Remote Control Fan. Kempen ini akan disediakan di lokasi-lokasi berikut:

    • Now Dot Com @ Aeon Bandaraya Melaka: 19-27 April
    • Omnitech @ Palm Mall Seremban: 19-27 April
    • Shining Telecommunication @ Paradigm Mall JB: 23-27 April

    Jangan lupa untuk tonton video kami mengenai realme 14 untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured