Selepas melancarkan nubia Z70 Ultra, kini nubia akan melancarkan sebuah varian baharu iaitu nubia Z70S Ultra Photographer Edition pada 28 April 2025.
Seperti yang tertera pada namanya, peranti ini lebih memfokuskan pada fungsi fotografi berbanding Z70 Ultra asal. Malah, rekaan belakangnya juga nampak seperti kamera digital dan bukannya telefon pintar.
Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas, dan permukaan belakangnya mempunyai sudahan kulit (leather). Kameranya pula mempunyai jarak fokal 35mm untuk kamera utama, serta terdapat juga kamera ultra-lebar dan kamera telefoto periskop.



Skrinnya tidak mempunyai lubang punch hole untuk kamera swafoto, sebaliknya menggunakan teknologi bawah skrin (under-display) khas untuk menyembunyikannya dan menghasilkan skrin yang kemas.
Spesifikasi penuh untuk telefon ini masih tidak diketahui. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo







