More

    Nubia Z70 Ultra dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, AMOLED 6.85″ 144Hz dan bateri 6150mAh bermula RM3,899

    Nubia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharunya, Z70 Ultra. Nubia Z70 Ultra mengekalkan gaya ikonik “Window to the Universe” dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Badannya diperbuat daripada logam berkualiti tinggi yang disertakan tekstur pasir lembut bagi menyerlahkan gaya premium dan hadir dengan dengan penarafan IP68/IP69.

    Telefon ini dilengkapi dengan skrin penuh 6.85 inci yang menggunakan paparan AMOLED, menawarkan resolusi 1.5K, kadar penyegaran 144Hz, kecerahan maksimum 2000 nits dan nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 95.3%. Untuk fotografi, Nubia Z70 Ultra dilengkapi kamera swafoto bawah skrin 16MP dengan algoritma AI untuk hasil semula jadi.

    Kamera belakang pula mempunyai tiga kamera termasuk kamera utama 50MP dengan apertur berubah dan sensor SONY. Lensa telefoto periskop 64MP untuk zoom jauh. Lensa makro sudut ultra lebar 50MP untuk penggambaran jarak dekat dan lanskap. Prestasi telefon pula dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite bersama RAM LPDDR5X dan storan pantas UFS 4.0.

    Baterinya berkapasiti besar 6150mAh dengan pengecasan pantas 80W. Tambahan, Z70 Ultra hadir dengan sistem Nebula AIOS yang memberikan pengalaman pintar termasuk fungsi terjemahan AI untuk komunikasi pelbagai bahasa. Telefon ini ditawarkan pada harga RM3,899 (12+256GB) dan RM4,499 (16+512GB).

    Spesifikasi lengkap Nubia Z70 Ultra:

    • Skrin AMOLED 6.85 inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan maksimum 2000 nits, nisbah skrin-ke-badan 95.3%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP (sensor Sony, apertur berubah f/1.59–f/4.0, OIS), kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP
    • Kamera swafoto 16MP bawah skrin dengan algoritma AI untuk swafoto semula jadi
    • Bateri 6150mAh dengan pengecasan pantas 80W
    • Sistem operasi menggunakan Nebula AIOS berasaskan Android dengan fungsi AI pintar seperti terjemahan pelbagai bahasa
    • Ciri tambahan seperti kalis air dan debu (IP68/IP69), sokong NFC
    • Pilihan warna: Hitam dan Emas
    • Harga: 12GB+256GB – RM3,899 | 16GB+512GB – RM4,499

    Sempena pelancarannya, Nubia Malaysia menyediakan diskaun sehingga RM800 dari 1 hingga 5 Disember melalui platform Lazada, Shopee dan laman rasmi Nubia Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nubia Z70 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...