More

    OnePlus 13T akan dilancar dengan bateri 6,260mAh pada 24 April 2025

    OnePlus bakal mencetuskan keterujaan dengan pelancaran OnePlus 13T pada 24 April ini di China. Telefon pintar kompak ini direka untuk menjadi peranti andalan bergaya dan berkuasa bagi tahun 2025. Dengan lebar hanya 71.7 mm, ia lebih ramping berbanding OnePlus 13 dan 13R serta menampilkan skrin bersaiz 6.32 inci dan berat 185g.

    OnePlus juga menekankan keseimbangan berat “50:50” untuk pengalaman genggaman yang lebih selesa. Menariknya, OnePlus 13T turut menyokong sarung MagSafe yang menjadikannya pilihan praktikal dan bergaya. Kemudian, OnePlus 13T hadir dengan bateri berkapasiti 6,260mAh iaitu lebih besar daripada model terdahulu namun kekal ringan.

    Walaupun kelajuan pengecasan masih belum diumumkan, peranti ini menyokong pengecasan bypass yang sesuai untuk bermain game tanpa gangguan haba. Ia dikhabarkan akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Elite, penarafan IP65 serta dua kamera belakang 50MP termasuk lensa telefoto dengan zum optikal 2x dan zum lossless sehingga 4x.

    Walaupun spesifikasi penuhnya masih belum dikongsi, OnePlus 13T mampu menjadi pesaing utama dalam segmen telefon kompak berprestasi tinggi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina/ GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...