More

    AirAsia gunakan AI & bahan baharu untuk kurangkan penggunaan plastik dalam penerbangan

    Capital A (syarikat pengendali AirAsia) hari ini menerusi jenama makanan dan minuman naungannya, Santan, mengumumkan bahawa mereka akan mula menggunakan bahan mesra alam untuk pembungkusan makanan dan minuman dalam setiap penerbangan AirAsia bagi menggantikan plastik sekali guna.

    Semua barangan pakai buang seperti cawan, penutup dan alatan makanan akan dibuat daripada asid polilaktik (PLA) iaitu bahan yang datang daripada sumber semulajadi seperti jagung dan ubi kayu. Apabila dibuang, PLA akan terurai pada kadar 90% lebih cepat berbanding plastik konvensional yang memerlukan ratusan tahun.

    Selain itu, cawan yang disaluti PLA juga boleh dikompos di rumah untuk dijadikan bahan pelupusan yang mesra alam. Usaha terbaru ini dijangka akan mengurangkan sekitar 500 tan karbon setiap tahun di Malaysia dan Thailand.

    Di samping bahan baharu, Santan akan menggabungkan alatan makanan baharu ini dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk uruskan sumber makanan dengan lebih baik, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan operasi.

    Inisiatif ini akan dimulakan di Malaysia dan Thailand, seterusnya diperluaskan kepada seluruh rangkaian kumpulan AirAsia yang mengendali tujuh syarikat penerbangan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AirAsia

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured