More

    Aplikasi Taobao akan ditawarkan dalam Bahasa Malaysia bermula Jun 2025

    Aplikasi e-dagang popular Taobao bakal menawarkan antara muka (interface) dalam Bahasa Malaysia pada Jun 2025. Inisiatif ini diambil bagi mengutamakan bahasa kebangsaan dan memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna Malaysia.

    Ini juga merupakan respons terhadap populariti yang melonjak naik untuk aplikasi Taobao, di mana ia kini menjadi aplikasi kedua yang paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom, serta aplikasi yang palnig banyak dimuat turun di Perancis.

    Untuk pasaran Malaysia pula, setakat 16 April 2025, Taobao telah menjadi aplikasi kedua paling banyak dimuat turun dalam iOS, menunjukkan bahawa semakin ramai pengguna berminat untuk membeli produk dalam Taobao.

    Oleh yang demikian, Taobao ingin menyediakan antara muka dalam Bahasa Malaysia bagi menyediakan pengalaman beli-belah yang lancar dan tanpa sebarang keraguan.

    Taobao Malaysia telah pun menyediakan antara muka Bahasa Inggeris sejak September 2024, dan ia turut menyenaraikan harga dalam Ringgit Malaysia untuk memudahkan pengguna membeli-belah. Pengguna boleh pilih pelbagai kaedah pembayaran, seperti kad debit, kad kredit, perbankan dalam talian, e-dompet serta pelan ansuran.

    Barang yang dipesan boleh dijejak secara terus dalam aplikasi Taobao. Ia boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memuat turun aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured