More

    Google Pay kini sokong ShopeePay dan TNG eWallet di Malaysia

    Pengguna Android di Malaysia kini boleh membuat pembayaran dalam talian dengan lebih mudah kerana Google Pay telah mengumumkan sokongan untuk dua eWallet popular iaitu ShopeePay dan TNG eWallet.

    Ini bermakna, apabila anda membeli-belah di laman web menggunakan Google Chrome, anda boleh terus membayar dengan ShopeePay atau TNG eWallet tanpa perlu buka aplikasi lain. Ia cepat, selamat dan mudah digunakan dengan hanya perlu pilih butang “Google Pay” semasa checkout atau pilih “eWallet” apabila diminta.

    Pengguna juga boleh menambah nilai eWallet untuk kedua-dua platform terus melalui Google Pay dan akan datang, pengguna juga boleh melihat baki eWallet. Apa yang menarik, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima integrasi ini. Ia merupakan satu langkah besar ke arah masa depan pembayaran digital.

    Dengan lebih 88% rakyat Malaysia menggunakan eWallet pada tahun 2024, ciri baharu ini dijangka memudahkan lagi urusan harian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...