More

    HUAWEI lancar pengecas EV paling pantas di dunia dengan kuasa 1.5 MW

    HUAWEI hari ini telah melancarkan pengecas kenderaan elektrik (EV) terbaharunya yang mampu mencapai kuasa sehingga 1.5 megawatt (MW) dan menjadikannya antara pengecas paling pantas di dunia buat masa ini. Pengecas ini direka khas untuk trak berat elektrik, tetapi menurut HUAWEI, ia juga boleh digunakan oleh kereta biasa.

    Teknologi ini menggunakan sistem penyejukan cecair sepenuhnya dan merupakan pengecas kelas megawatt pertama seumpamanya yang menggunakan sistem ini secara penuh. Dengan dua palam pengecas digunakan serentak, arus pengecasan boleh mencecah 2,400 ampere (A).

    Sebuah trak EV boleh dicas dari 10% ke 90% dalam hanya 15 minit yang menghasilkan tenaga sebanyak 300 kilowatt-jam (kWh). Ini adalah kira-kira empat kali lebih pantas berbanding pengecas DC biasa. Pengecas ini menyokong 99% model EV sedia ada dan dalam ujian sebenar, ia meningkatkan kecekapan pengecasan serta mengurangkan kos operasi sebanyak 20%.

    Ia boleh beroperasi dalam suhu ekstrem daripada -30°C hingga 60°C menjadikannya sesuai digunakan untuk pelbagai cuaca. Sebagai langkah awal, HUAWEI bekerjasama dengan syarikat logistik besar SF Express dan JD.com untuk memperkenalkan 5,000 trak berat elektrik pertama yang menyokong pengecas ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, CATL, pengeluar bateri terbesar dunia, semalam mengumumkan bateri Shenxing generasi kedua yang boleh dicas pada kadar puncak 1.3 MW, mampu menambah jarak 2.5 km setiap saat. Syarikat lain seperti Zeekr dan BYD juga sedang memperkenalkan pengecas berkuasa tinggi masing-masing.

    Ini menunjukkan industri EV di China bergerak pantas ke arah pengecasan ultra-pantas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CnEVPost

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured