More

    Aplikasi SPX Express kini dilancar di Malaysia, promosi RM5 untuk 3kg pertama

    Untuk mereka yang kerap menghantar barang melalui perkhidmatan Shopee Express, anda kini boleh melakukannya melalui aplikasi SPX Express yang baru dilancar untuk pasaran Malaysia.

    Melalui aplikasi SPEX Express, anda boleh urus dan jejak status penghantaran barang, jadualkan penghantaran serta dapatkan kiraan kos penghantaran. Tambahan lagi, SPX Express tidak dihadkan pada platform e-dagang Shopee sahaja kerana anda boleh gunakannya untuk hantar sebarang pakej, serupa dengan perkhidmatan kurier lain seperti Pos Malaysia dan J&T Express.

    Sempena pelancaran aplikasi ini, SPX Express menawarkan promosi khas di mana penghantaran barang pertama dengan berat 3kg boleh dilakukan dengan harga serendah RM5 sahaja.

    SPX Express boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau Apple App Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured