More

    HONOR GT Pro dilancar – SD 8 Elite, bateri 7,200mAh, skrin OLED bermula ~RM2,230

    HONOR telah melancarkan telefon pintar andalan (flagship) yang memfokuskan pada kegunaan gaming di China iaitu HONOR GT Pro. Ini adalah telefon pertama dalam siri HONOR GT yang mempunyai penjenamaan “Pro” dan ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite (Leading Edition) yang telah diubahsuai secara overclock bagi menghasilkan prestasi gaming yang tinggi.

    Cipset ini mempunyai teras utama Oryon CPU pada kelajuan 4.47GHz dan GPU pada kelajuan 1.2GHz yang lebih laju berbanding Snapdragon 8 Elite standard. Ia digabungkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.1 sehingga 1TB.

    Ia mempunyai skrin LTPO OLED berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, resolusi Full HD+, kecerahan puncak 6,000 nits dan dibina dengan kaca HONOR Giant Rhino Glass untuk ketahanan tinggi. Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan antara muka MagicOS 9.0.

    Baterinya pula berkapasiti 7,200mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 90W. Untuk rekaan luaran, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu emas, putih dan hitam. Ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP68/IP69.

    Di belakang, ia mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera telefoto 3x 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP.

    HONOR GT Pro akan dijual dalam pasaran China pada harga bermula CNY3,699 (~RM2,230) untuk varian memori 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR China

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured