More

    Redmi Turbo 4 Pro rasmi sebagai telefon pertama dengan SD 8s Gen 4, bermula ~RM1,320

    Redmi Turbo 4 Pro kini rasmi di China dan menariknya, ia menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4. Telefon ini tampil dengan skrin LTPS OLED bersaiz 6.83 inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 3200 nits.

    Untuk prestasi, Redmi menyertakan sistem penyejukan 3D dual-loop dan teknologi Rage Engine 4.0 bagi memastikan suhu peranti terkawal walaupun digunakan lama. Baterinya juga besar dengan kapasiti 7,550mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W dan pengecasan berbalik 22.5W.

    Bahagian kamera pula menampilkan sensor utama 50MP Sony LYT-600 dengan OIS dan EIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 20MP. Reka bentuknya diperbuat daripada logam aloi aluminium dengan ketebalan hanya 7.98mm, berat 219 gram dan tahan lasak dengan penarafan IP66, IP68 serta IP69 untuk kalis air dan habuk.

    Ia turut dijalankan dengan HyperOS 2 berasaskan Android 15. Paling menarik, Redmi turut melancarkan Edisi Khas Harry Potter dengan reka bentuk istimewa, tema eksklusif dan kotak hadiah berwarna hitam emas. Harga bermula dari CNY 2,199 (~RM1,320) untuk model asas 12/256GB storan, hingga CNY 2,999 (~RM1,798) untuk model 16/1TB.

    Edisi Harry Potter pula dijual pada CNY 2,799 (~RM1,678). Telefon ini dijangka jadi pesaing utama dalam kategori pertengahan premium dengan gabungan prestasi mantap, rekaan bergaya dan harga yang mesra pengguna. Sama-sama nantikan pengumuman rasmi daripada Xiaomi Malaysia jika ia akan tersedia dalam pasaran tempatan kelak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Redmi

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured