More

    WhatsApp lancar Advanced Chat Privacy untuk privasi sembang peribadi dan kumpulan

    WhatsApp hari ini secara rasmi telah melancarkan ciri baharu yang dinamakan Advanced Chat Privacy yang merupakan satu lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna yang mahukan lebih kawalan terhadap kandungan perbualan mereka. Ciri ini berfungsi dalam chat 1-ke-1 dan kumpulan dan membolehkan anda menghalang orang lain daripada:

    • Mengeksport chat ke luar WhatsApp,
    • Muat turun media secara automatik ke telefon mereka
    • Menggunakan mesej untuk ciri berasaskan AI

    Menurut WhatsApp, dengan ciri ini, semua ahli dalam perbualan akan lebih yakin bahawa apa yang dibincangkan kekal dalam chat tersebut. Namun, WhatsApp tidak dapat menghalang sepenuhnya jika seseorang menggunakan tangkapan skrin.

    Ciri ini dikatakan sangat berguna dalam kumpulan yang bersifat sensitif seperti sokongan kesihatan, komuniti setempat atau perbincangan penting dengan ahli yang mungkin tidak anda kenali secara rapat. Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu pilih pada nama sembang kemudian pilih Advanced Chat Privacy.

    WhatsApp juga menjelaskan bahawa ini hanyalah versi awal dan mereka akan menambah lebih banyak fungsi keselamatan pada masa akan datang untuk perlindungan yang lebih menyeluruh. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Whatsapp

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured