More

    GXBank umum kemas kini baharu untuk had pengeluaran ATM, program pulangan tunai

    GXBank hari ini mengumumkan beberapa perubahan produk termasuk had pengecualian caj pengeluaran ATM dan penyesuaian program pulangan tunai. Bermula 6 Mei hingga 5 Ogos 2025, pelanggan akan menerima 0.2% pulangan tunai bagi transaksi DuitNow QR, terhad kepada RM5 sebulan.

    Pelanggan yang paut ID DuitNow ke akaun GXBank buat kali pertama akan dapat RM8 pulangan tunai, jika kekal dipaut selama 30 hari berturut-turut. Mulai tarikh sama, pengeluaran ATM percuma dihadkan sekali sebulan untuk setiap pelanggan.

    GXBank akui perubahan ini mungkin tidak digemari semua tetapi 97% pelanggan telah menggunakan kaedah tanpa tunai seperti Kad GXBank dan DuitNow QR. GXBank turut memaklumkan bahawa penjimatan daripada penyesuaian ini akan disalurkan semula untuk memperkukuh pelbagai inisiatif produk masa hadapan, termasuk:

    • Pelancaran perkhidmatan perbankan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) bagi menawarkan pengalaman perbankan yang lebih mudah dan inklusif
    • Penambahbaikan Kad Perjalanan GXBank agar kekal sebagai pilihan terbaik untuk pengembara
    • Ganjaran 1.5x GrabRewards apabila pelanggan berbelanja di mana-mana cawangan Jaya Grocer.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured